GMAC Melancarkan Inisiatif ‘Belajar di China’ Sempena

New Post Public Reply Private Reply Replies (0) Message Board
News Desk 2018
121
GMAC Melancarkan Inisiatif ‘Belajar di China’ Sempena Perkongsian dengan 11 Sekolah Perniagaan Terkemuka China

BEIJING dan HONG KONG, June 22, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 22 Jun, Graduate Management Admission Council (GMAC) berganding bahu dengan 11 sekolah perniagaan terkemuka di China untuk melancarkan inisiatif “Belajar di China” . Perkongsian ini menandakan pembukaan platform interaktif untuk pelajar antarabangsa di 20 rantau Belt and Road (B&R) untuk meneroka peluang di China dan mendapatkan pengajian tinggi dalam bidang berkaitan perniagaan. Inisiatif “Belajar di China” bertujuan untuk memenuhi permintaan pelajar antarabangsa yang semakin meningkat serta menjulang China sebagai destinasi pengajian bertaraf dunia dan hab pendidikan perniagaan global.

Portal dalam talian  “Belajar di China” (www.studyinchinamba.com) yang dilancarkan secara rasmi hari ini membolehkan pelajar mengetahui dengan lebih lanjut tentang perihal pembelajaran dan menetap China. Laman web bahasa Inggeris yang baru direka itu menghubungkan bakal pelajar dengan sekolah perniagaan yang terlibat dan menawarkan akses maklumat untuk membantu mereka memilih sekolah yang sesuai bagi pembelajaran mereka di China. Gerbang GMAC membimbing pemohon antarabangsa dari rantau Belt and Road di Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah menerusi langkah yang diperlukan untuk mula belajar di salah satu negara dengan ekonomi paling dinamik di dunia. Ia menawarkan maklumat terperinci dan nasihat orang dalam tentang sekolah dan program yang tersedia, termasuklah struktur program antarabangsa, gambaran keseluruhan sukatan pelajaran, keperluan pemasukan, masa permohonan, kemudahan kampus, biasiswa dan bantuan kewangan. Pelajar juga boleh memilih untuk menghubungi sekolah dengan mudah untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui portal sehenti GMAC. Untuk memberi imbasan kepada peluang hebat yang tersedia, GMAC akan mengadakan pertandingan “Belajar di China” dari 22 Jun hingga 31 Ogos. Peserta perlu menghantar esei pendek tentang sebab-sebab mereka mahu belajar di China untuk memenangi perjalanan pergi balik ke China. Tiga pemenang terpilih akan memenangi penerbangan kelas ekonomi dan penginapan kampus untuk melawat sekolah perniagaan yang dimahukan serta merasai sendiri pengalaman sekolah dan kehidupan kampus. Rakan kongsi baharu inisiatif dengan sekolah perniagaan paling berprestij China yang terletak di Beijing, Shanghai dan Hong Kong. Institusi dengan ranking tinggi tersebut termasuklah Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University; China Europe International Business School; CUHK Business School, The Chinese University of Hong Kong; School of Management, Fudan University; HKUST Business School, The Hong Kong University of Science and Technology; Guanghua School of Management, Peking University; Business School, Renmin University of China; School of Economics and Management, Tsinghua University; BiMBA Business School of the National School of Development, Peking University; Cheung Kong Graduate School of Business; dan HKBU School of Business, Hong Kong Baptist University. En. Sangeet Chowfla, Presiden dan CEO GMAC mengumumkan bahawa GMAC berbesar hati untuk mencipta peluang pendidikan perniagaan untuk bakal pelajar. Beliau percaya yang “Langkah ini akan menemukan bakat luar negara dengan peluang yang tepat untuk cemerlang di sekolah dan program perniagaan terkemuka China di samping memberikan sokongan menyeluruh kepada pelajar sepanjang tempoh masa pengajian luar negera mereka.” En. Chowfla menekankan pemerhatian GMAC selama beberapa tahun ini bahawa China mempunyai potensi “untuk menjadi destinasi pembelajaran paling popular.” Menurut beliau, inisiatif “Belajar di China” bertujuan untuk meningkatkan profil sekolah perniagaan di China dan mempamerkan nilai pendidikan perniagaan kepada calon antarabangsa. Profesor Lu Xiongwen, Dekan Fakulti Pengurusan di Fudan University melahirkan ucapan tahniah atas pelancaran inisiatif baharu tersebut dan mengalu-alukan bakal pelajar yang ingin datang belajar di China. Beliau memetik peribahasa Cina yang bermaksud, “Amalan lebih mendalam daripada pengetahuan teori,” menandakan bahawa program-program ini akan membuka pintu kepada pemahaman baharu. “Saya percaya pengalaman pengajian ini akan menunjukkan kepada anda gambaran keseluruhan trend ekonomi China pada masa kini dan akan datang, keunikan model perniagaan China dan juga ciri berbeza pasaran China dan pasaran global,” kata Prof. Lu. “Anda juga akan memperolehi peluang untuk mempelajari dan menghargai budaya China yang dipenuhi sejarah beribu tahun lamanya.” Professor Kar Yan Tam, Dekan HKUST Business School juga memberi komen tentang inisiatif tersebut. “China akan kekal sebagai enjin pertumbuhan besar dunia pada masa akan datang, dengan pembaharuan untuk membolehkan ekonominya memupuk potensi baharu dan untuk inisiatif Belt and Road membawakan momentum berterusan kepada rantau itu.” Beliau juga menekankan bahawa “Pelajar bukan sahaja perlu menerima pendidikan perniagaan antarabangsa terbaik demi mendapatkan perspektif global, mereka perlu mencari peluang untuk merasai keaktifan China. Hong Kong ialah bandar antarabangsa yang dinamik di mana pelajar boleh merasai campuran unik Timur dan Barat. Bandar tersebut juga terletak di barisan hadapan pendidikan perniagaan dan menawarkan pengalaman pembelajaran yang kaya dan pelbagai bagi menyediakan pelajar untuk kerjaya yang mekar di China dan lebih lagi.” Inisiatif “Belajar di China” adalah contoh usaha berterusan GMAC untuk mempromosikan pendidikan perniagaan di seluruh dunia. Rangkaian ini berfungsi sebagai jambatan dalam komuniti B&R untuk memperkasa laluan profesional pelajar sebagai bakal tokoh perniagaan dan perusahaan di China dan luar negara. Perihal GMAC:   Graduate Management Admission Council (GMAC) merupakan persatuan bukan untung global untuk sekolah pengajian perniagaan terkemuka. Diasaskan pada tahun 1953, kami komited untuk mencipta penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calonnya meneroka, menilai dan berhubung dengan satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon dalam perjalanan mereka ke pendidikan tinggi bagi memastikan tiada bakat yang ketinggalan. GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang pembangunan dan penilaian profesional untuk industri yang direka untuk meningkatkan seni dan sains pemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Graduate Management Admission Test® (GMAT®) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling meluas digunakan dan diiktiraf oleh lebih daripada 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™, untuk kemasukan ke program pengurusan siswazah di India dan Afrika Selatan, dan Penilaian Eksekutif, direka bentuk khusus untuk Program Eksekutif di seluruh dunia. Portal utama kami untuk sumber dan maklumat tentang pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com menerima 14 juta kunjungan setahun dan menampilkan alat carian Carian Sekolah dan Graduate Management Admission Search Service (GMASS) yang memadankan calon dengan sekolah perniagaan. GMAC bertapak di Amerika Syarikat dengan pejabat di United Kingdom, India dan Hong Kong. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang usaha kami, sila lawati  www.gmac.com . Hubungan media: Yolanda Kwok, Pengarah Rantau, China Besar, GMAC ykwok@gmac.com Susanna Lee, Pengarah Bersekutu, Pemasaran, China Besar, GMAC slee@gmac.com

Scroll down for more posts ▼

Top 10 Most Recent News Articles

Dar Global Expands Jeddah Portfolio with $267M Project

Updated Category News Views 77

Dar Global's Big Jeddah Move: A $267M Bet Alright, let's dive into what Dar Global's been up to in Saudi Arabia. They've just announced a whopping SAR 1 billion development project in Jeddah, bringing an international luxury brand to the city with an exclusive co-branded residential concept. Now that's something to chew on for any investor eyeing the Middle East's real...

Continue Reading
MoneyGram and Solflare Boost Crypto Cash-Out Options

Updated Category News Views 55

Crypto Meets Cash: A New Partnership in Money Movement Here's something to chew over your morning joe: MoneyGram's stepping up its game in the crypto world. They're pairing up with Solflare to let folks convert their USDC into hard cash across 170 countries and territories—no fees until New Year's Eve. It's like crypto's getting a passport to the physical world and not...

Continue Reading
Vipshop Prepares for Q3 Financial Results Release

Updated Category News Views 46

Countdown to Vipshop's Third Quarter Results November 24th might just be another day on the calendar for some, but for those of us keeping tabs on the markets, it's a make-or-break moment for Vipshop Holdings Limited. The off-price retail titan from China, trailing under the ticker NYSE:VIPS, is gearing up to swing the doors wide open on its third-quarter financial...

Continue Reading
Engrain's Geospatial Innovation Pushes Property Mapping Forward

Updated Category News Views 0

Pushing the Boundaries of Property Mapping How far can you expand the boundaries of property mapping tech? Well, Engrain seems hell-bent on finding out by cranking their innovations up a notch. The Denver-based stalwart in interactive mapping is rolling out some mind-boggling enhancements that could redefine how the multifamily housing sector operates. This isn't just...

Continue Reading
SOBER CAFFEINE™: Modern Energizer Without the Bull

Updated Category News Views 70

Shed the Cans and Embrace Convenience I'm sure you've had a run-in with the standard energy drink routine. You know, the massive cans, a gut punch of sugar, and the inevitable crash that follows? Sobriety Supplements LLC decided enough is enough and rolled out something that just makes sense—SOBER CAFFEINE™ capsules. This little pill is a godsend for folks sick of...

Continue Reading
HONOR Leads in China, Eyes Middle East Market

Updated Category News Views 78

A Force to be Reckoned With Talk about making waves—HONOR's got the bragging rights now. Sitting pretty at the top among Android smartphone brands in China ain't no small feat. We're looking at a snazzy 12.04% market share for October 2026, all thanks to selling a cool 2.573 million units. The kicker? This ain't even their full potential. They're hustling hard in the...

Continue Reading
Stark Future Amasses €150M, Revving Up Electric Bike Dominance

Updated Category News Views 74

Well, if you've been keeping your eye on electric vehicles, this is a story that might raise those eyebrows. Stark Future, a name perhaps not buzzing on every street just yet, has gone and done it—snagged over €150 million in fresh capital. Breaking Barriers with Record-breaking Numbers Stark Future didn't just make a ripple; they caused a tsunami. This buzzing...

Continue Reading
Gayatri Pariwar Celebrates 100 Years with Massive Yoga Event

Updated Category News Views 52

An Impressive Centenary for Gayatri Pariwar Sometimes, you get hit by a wave so big you can't ignore it, and Gayatri Pariwar's centennial festival in New Delhi was one such tsunami. Picture this: countless souls gathered to mark a hundred years of spiritual and social reform, not just with chants and talks, but through an awe-inspiring mass yoga event. In my decades...

Continue Reading
Mining Equipment Market to Surge, Hitting $42.81B by 2033

Updated Category News Views 12

Forecasts on Market Growth: A Robust Climb Ahead Brace yourself because this mining equipment racket is ramping up like you wouldn't believe. Analysts are telling us the market's supposed to roar from a $28.42 billion check in 2026 to a jaw-dropping $42.81 billion come 2033. That's a 6.0% CAGR—a figure that'll catch the eye of anyone not sound asleep at the wheel....

Continue Reading
Baidu's Q3 2026: AI Explodes Amid Marketing Slump

Updated Category News Views 23

Baidu Looks to AI as Revenue Driver in Q3 2026 You know, Baidu's got one heck of a story this quarter. Despite some clouds hanging over them, they’ve managed to find a silver lining in their AI ventures. It’s like they’ve got this magic bullet with AI Cloud growth skyrocketing 94% year over year. That’s not just a rabbit outta the hat; it’s more like pulling a...

Continue Reading

Top 5 Most Recently Viewed Articles

White Castle Introduces Unbeatable $4 Deal for Sliders

Updated Category News Views 212

White Castle Launches Exclusive $4 Slider Offer Beginning May 9, White Castle is rolling out an enticing promotion: six Original Sliders for just $4. This limited-time offer brings the price of the sliders below what customers paid back in 2012, making it a fantastic opportunity for those seeking budget-friendly meal options. The price breakdown amounts to less than 67...

Continue Reading
Alienware Revives Iconic Area-51 Gaming System for Fans

Updated Category News Views 423

Alienware Reintroduces Area-51 Systems Alienware, a brand known for pushing the boundaries of gaming hardware, is thrilled to announce the comeback of the legendary Area-51. This fan-favorite line has been revitalized, now available in both desktop and laptop versions, ensuring that gamers can enjoy cutting-edge performance in their preferred format. Rich History of...

Continue Reading
LifeStance Health Group's Impressive Q2 2025 Performance Highlights

Updated Category News Views 227

LifeStance Reports Strong Financial Performance in Q2 2025 LifeStance Health Group, Inc. (NASDAQ: LFST), a leading provider of outpatient mental healthcare across the United States, has showcased its robust growth with the release of its financial results for the second quarter of 2025. This period witnessed LifeStance achieving remarkable revenue growth alongside...

Continue Reading
First Financial Corporation Announces New Dividend Update

Updated Category News Views 127

First Financial Corporation's Latest Dividend Declaration The directors of First Financial Corporation (NASDAQ: THFF) have made an exciting announcement regarding their quarterly dividend. The company declared a dividend of 51 cents per share. This payment will provide a valuable return for shareholders and is scheduled to be paid out shortly. A record of shareholders...

Continue Reading
Desjardins Expands Commitment to Affordable Housing Units by 2028

Updated Category News Views 267

Desjardins Group's Pledge for Affordable Housing In response to the urgent housing crisis, Desjardins Group is taking bold steps to address the pressing need for affordable housing. They recently announced an ambitious plan to construct over 10,000 affordable and deferred-affordability housing units aimed at assisting families, students, and individuals who are struggling...

Continue Reading